KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Wednesday, December 9, 2009

BUM DIAMBIL!

Pasal entri sebelum ini, sambung kemudian2. Ini berkenaan kisah petang Isnin hari itu.
Ada sebungkus roti bum segera atas meja pantri. Nampak cam ok je,5 biji utk rm3. Setelah dibeli roti tu disimpan dlm friz, ingat nak makan nanti2 masa tengok Naruto. Lepas wat keje, dlm jam 6 lebih nak g masak roti tu kat maikrowev. Bila buka je friz tengok2 plastik mi dan air batu je yg ada. Tercari2 mana la plastik bum tadi. Memang hot, ditambah2 lagi time tu perut pun panas petanda kena isi. 456 orang ditanya2 tapi tak ada yg perasan. Disebabkan hot sangat, ada yg pujuk2 nasihat, nak wat camne kalau dah tadek,sedekah ajelah kan. Tapi hati ni kalu dah marah jadi team dgn setan. So jawab kat member tu, nak maafkan makhluq tu mungkin boleh, selepas doa2 minta dia perut buncit ke apa yg patut sebab geram nak tengok bagaimana ghupenye! Terkejut membe2 yg dengar.
Memang nasib tadek jodoh rezeki dgn roti bum. Walaupun sedikit cool sebab layan Naruto perut lak duk panas2. Bimbangkan gestrik jadi kronik, apa lagi...... BANKAI! eh, bantai megi 2 bungkus! Masukkan sos cili dan tomato, wallah..tu dia! Sambil layan Sasuke lwn Itachi sambil menikmati megi di petang hari bersama semag milo yg dicampur separuh sesye Radix, heven sekali.
Walaupun begitu, masih tertanya2,makhluq yg amek bum tu sape gerangan. Kalu minta bkn masalah pun, cam le org x bagi. Nanti tengoklah sape yg tiba2 buncit kat ofis tu. Tapi kan, kalau yg amik tu memang dah buncit cam ibu2 mengandung dan perut ni camno?

Sunday, November 29, 2009

Qurbaniey- The Trip

Serasanya sekejap aja masa itu berlalu. Seolah2 beberapa bulan lepas merai qurban di kampung halaman dan semalam saat itu berulang lagi. Cuti tahunan diambil sehari saja kerana terdapat banyak lagi kegunaan (simpan2) misalnya untuk musim walimah.


Perjalanan balik dari KL bermula kira2 hampir jam 7pm,setelah pulang bekerja. Pertama kali menghayati takbir dalam perjalanan. Mengikut perkiraan awal kemungkinan utk merasa jem amatlah tipis kerana mungkin ramai yg sudah bertolak malam sebelumnya. Bila sahaja perjalanan sampai +-5km dari tol Gombak, tu dia kenderaan berantai2 kemilau emas pantulan lampu2nya sepanjang lebuhraya. Meriah lah juga suasa balik kampung,tapi tersekat2, itu kurang best.


Sepanjang perjalanan, kelihatan beberapa buah kereta tersadai di tepi jalan. Mungkin masalah teknikal, mungkin juga utk berehat. Yang beberapa bijik yg tetiba mati di tengah jalan menambah sendat saja. Nasib baik cik adik chantek ada membuat bekal roti yg lazat dan kek batik yg enak,trimas buatnya. Keempat2 penumpang dan pemandu BLM WSN tidaklah begitu serabut perut dlm kesesakkan itu.


Bentong adalah daerah check-point pertama yg perlu dilalui. Nasib baik terdapat papan notis elektronik yg memaparkan info lalu lintas menyatakan jalan menghala ke Bandar Bentong mengalami kesesakkan Lalu pemanduan menggunakan laluan alternatif spt saranan yg tercatat di papan elektronik tersebut. Namun begitu masih jua perjalanan yg sepatutnya sejam (secara standadnya) meleret 2 jam. Begitu juga utk ke Raub, daerah check-point yg kedua. Kesesakkan kali ini sedikit berbeza kerana laluan yg digunakan bukan lagi lebuhraya tetapi jalan persekutuan dan jalan negeri. Ya, waktu puncak dan kenderaan dari arah bertentangan menambahkan lagi cabaran. Namun pemanduan yg agak berhemah lagi profesional mcm F1 tidak tunduk pada faktor2 sedemikian. Dgn penuh hati2 dan kelincahan setelah dicucuk dan dibakar oleh orang sebelah ni, encik pemandu berjaya memotong satu persatu kenderaan yg menyiput walau ketika melalui beberapa selekoh sekalipun. Kerancakkan itu berterusan setelah berhenti seketika di perhentian Benta bagi menjalankan tanggungjawab fisiologi melibatkan perut.


Setelah melepasi Merapoh,yg merupakan transit bas-bas ekspres,kelihatan jam memasuki 2 dinihari. Asal perancangan utk berhenti seketika di sana tapi diteruskan jua perjalanan sebab dirasakan dan ditarget, mungkin dalam sejam selepas itu sudah berada di katil masing2. Tambahan pula keadaan lalu lintas yg permai memungkinkan. Pada ketika pedal ditekan meningkatkan kelajuan, rupa2nya ada Merc yg turut serta sebab terbakar dan iri heheh. Kali ini situasi perjalanan diangkat ke tahap yg lain- beradu kelajuan!Setelah Merc diatasi, Kia pula tercabar sepanjang jalan Gua Musang. BLM WSN memang kental, encik pemandu pengendali yg perrsistent selau aja menjuarai.

Dari Kuala Krai, keadaan kelajuan kurang konsisten menuju ke Machang. Target untuk berada di katil masing2 agak tersasar bila jam melebihi 3am. Namun encik pemandu mendapat idea bernas sekali. Di daerah Machang dia memutuskan utk mengambil jalan alternatif tanpa melalui Ketereh utk mengelakkan keadaan lalu lintas sibuk dan banyak lampu isyarat yg perlu ditempuh. Jalan kampung, senyap sekali,tanpa manusia melainkan hanya dua kali terserempak. Sungguh sunyi melainkan bunyi cengkerik dan enjin BLM WSN yg memecut.

Selama +-9 jam, sampai jua ke rumah. Encik pemandu dan seorang lagi penumpang akan samapai dlm 5-6 minit lagi ke destinasi mereka. Alhamdulillah selamat semua. Setelah menunaikan kewajipan suci, jam melebihi 4am,mata perlu dilelapkan utk kejadian pagi nanti.

Thursday, October 15, 2009

Kombinasi Senang Nak Ingat (Tp Mudah Lupa)

1010. Senang nak ingat, macam yg awal dan yg akhir. Kalau pattern yg pelbagai kombinasi, susah lah sikit sebab kurang mesra dgn nombor2 ni. Pada pagi tu pun,nasib terima sms di ofis, baru terperasan.

Semasa menikmati sarapan,kelihatan officemate membawa kotak,terhendap2 di peti ais mencari ruang simpanan di dalamnya. Menyedari diperhatikan, lalu dia meletakkan jari telunjuk di bibir: ..ssyhh,rahsia. Nak buat supprise. Terdetik di hati,apakah dia tahu, dan member2 lain dah tahu?...Mereka sekadar kawan biasa2 sahaja. Takkan lah kan.

Tugas kuli2 itu banyak,ketika mengasyikkan diri sebagai kuli, kedengaran nyanyian beramai2 siap membawa barang yg dipercayai diambil daripada kotak tadi. Eh,takkanlah..Sudah mula syok,huhu. Namun sensasi itu sementara kerana kawan2 itu membawa barang tersebut kepada kuli cantik. Untuk pengesahan,di dalam lirik nyanyian tersebut nama kuli cantik yg dialun2. Walau bagaimanapun, tidak melepas peluang utk meranggos barangan di dalam kotak itu . Memang sedap,2 kali ngap!

Terkenang,hanya pernah sekali menyambutnya secara casual dan kecil sangat namun penuh bermakna dan amat memorable…pada Ramadhan 2006,tetap di hati..Hanya dengan dia,sahabat yg dirindui.

Tuesday, October 6, 2009

Lukisan Warna

Salam
Well, quite sumtime for this new entry.
Simply out of idea to put things up and let'em properly sorted out; colourful stories during the last Eid,the first time events, the breakdowns..needless of categorization. Seriously, this is one of the way to share the beautiful paint of those colors. Because of this real world, they have zillions of important matters to take care of rather than listening to this whining petty things. Actually,it's due to the paint is not that attractive enuf,so ugly, really ! It's just like the work of untalented backward student or apparentice. Even after years of years lesson sought the outcome has no difference with the work of beginner's level (like learning nothing).
Hurrmm...

*What a filler :)=

Wednesday, September 2, 2009

AyaM GolEk

Salam Ramadhan Kareem

Bicara bab berbuka memang seronok. Hampir saban pagi di waktu kerja mesti si N ni akan bertanya menu2 berbuka puasa dan berkongsi cerita makan sahur sekali,sampaikan cerita sahur minum milo dan oat pun dikongsi.
Satu pagi setelah berpuasa beberapa hari..
N:(Sambil menggosok2 perut).. ayam golek,ayam golek.
O:Kenapa kau ni?
N:Kau tahukan ayam golek. Kau tahu, dulu aku tak tahu pun apa ayam golek tu.
O:Ya lah, mesti kau ingat ayam yg menari2 kan (gelak2 kecil)
N:Bukan, aku ingatkan ayam yg kena langgar sampai tergolek2, lepas tu orang ambik panggang dan bakar.
O:Hah? Hah3!!
Dan semalam diceritakan si N telah berjamu ayam golek di Bukit Antarabangsa, separuh tu, tak masuk yg dia habiskan yg awek dia punya.

Hah... harumnya nasi biryani pantri sebelah. Iftar kat ofis la hari ni.

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali

Penangan pemergiannya sungguh hebat, tidak spt M.J dan Y.A. Tika entri ini ditulis sebak masih bersisa bisa.
Pagi Jumaat ini terasa sekali suramnya tika menonton MHI. Disiarkan perbualan langsung melalui telefon di antara Mazidul dan Abby dengan salah seorang anggota Rabbani. Hanya Mazidul sahaja yang meneruramah, manakala Abby hanya menunduk tidak seceria selalu. Sesekali mencelah ada getaran sedih pada suaranya. Mungkin Abby terkenangkan saat-saatnya bersama Rabbani di studio dulu, mungkin. Setelah temuramah berakhir ditayangkan rakaman persembahan almarhum dan kumpulannya mendendangkan Pergi Tak Kembali. Empangan mata ini tidak tertahan2 lagi menakung sebak. Terasa sekali ironi sebuah realiti.
Jihad dakwah yang dijayakan sungguh bernilai. Tatkala diri belum lagi mengenal Rock n’ Roll dan R n’B, ketulusan lunakan suara almarhum terlebih dahulu menghalwai deria dan hati. Dendangan nasyid-nasyidnya selalu mengundang kobaran semangat dan air mata keinsafan.
Takziah buat keluarga almarhum Ustaz Asri Ibrahim,dan anggota Rabbani.
Doanya agar saham-saham akhirat yang dilaburkan di dunia fana menjanakan keuntungan dan ditempatkan almarhum bersama golongan yang kaya dan sejahtera di alam baqa'.

Tuesday, July 21, 2009

Lalakan

I.
“Arrrrk…Arrrrk….Arrrrk!!!”
Tiba2 satu set lalakan memecahkan keheningan di sebuah kejiranan marhaen. Pitching yg ber octave tinggi kalau disukat suara tersebut.
“Anak siapalah yg buat drama petang2 ni,” bentak hati, tangan tengah mengacau semug Vico utk minum petang. Lalakan yg sungguh menjengkelkan! Pernah tengok iklan Digi? Ya, macam bunyi “lelaki” sort of macho yg kena prank tu.
Lalakan itu sudah berhenti. Dek curios sangat lalu keluar rumah utk meninjau2. Aiikk… kelihatan 3 org housemates borak2 mesra dgn apek depan rumah. Mamat sebelah pun ada sekali,seolah2 masyarakat harmoni bebilang bangsa gayanya. Budak rumah ni jarang sesangat camni, hanya harmoni kurang mesra. Even jiran sebelah pernah ajak makan (kenduri kot). Budak2 tu shy2 cat , last2 memang tak pergi pun.
Setelah join sekali depa tu borak, baru tahu yg suara lalakan itu adalah milik perempuan yg bukan budak kecil. Dan faktor lalakan itu bukan drama semata2. Ia adalah kebenaran satu penganiayaan oleh oportunis yg berhelmet,memakai sweater dan telah berjaya melolos dgn motornya.

II.
“Woi,woi…berhenti!!!!”
Kali ini parau,suara jantan. Kenapa entah pagi Sabtu hari itu seseorang melalak cam nak gaduh, mungkin nak gurau2 biawak dgn teman dia kot. Tanpa dipedulikan sangat,tangan masih terus mencedok nasi goreng ke dalam bungkusan polisterin.. Beberapa saat kemudian…
“Berhenti..Hhoowoi!!!!!”
Ish, apahal dia orang ini, cam gaduh serius. Bila berpaling ke belakang arah lalakan itu, kelihatan seorang lelaki yg lengkap berhelmet dan sweater berlari2 bak mengejar sesuatu.. La.. pasal tak kejar je dgn motor,hati mengomel. Entah apa yg digaduhkan sampai berrkejar2. Eh! Kenapa pekedai itu pun turut berlari sambil melalak2 di belakang mamat helmet tu. Ke, mamat tu yg kena hambat?
”Woooii.. berhenti.. woooii!!!” Seorang lagi turut mengejar mamat berhelmet. Otak ni dah konfius. Bllurr 2-3 saat. Oh…
Kalau common sense lebih sensitif terhadap lalakan sebegitu, mungkin join dia orang kejar2 mamat helmet tu. Dan kalau tidak disebabkan gerai makan ni berpalang, mungkin dah lama mamat tu tak akan lari2 jauh lagi.



*Apakah adakah mamat berhelmet yg bersweater adalah makhluq yg sama dalam kisah lalakan I dan II?

Friday, July 17, 2009

ENEMY & SMOS THEORY

"Life's too short to feel wif hatred or make enemy"

Adalah seseorang itu berkata semalam, Junjungan Rasullah S.A.W pernah bersabda, mafhumnya lebih kurang begini..
Ada lima yg memusuhi kamu (orang2 mukmin), pertama mukmin yg dengkikan kamu, kedua adalah munaafiq yg membenci kamu, ketiga pula kafir yg ingin membunuhmu, keempatnya nafsu yg mengalahkan kamu dan terakhirnya kelima, Syaiton yg .......yg...(ish!lupa daaa, hehe,yg ni semua pun mafhum,dah silaknat siap bersumpah utk keturunannya sekali)

Maka adapun musuh di kalangan mukmin itu kurang sempurna imannya. Hatinya penuh dgn mazmuumah . Seperti dinyatakan dalam teori SMOS:
Suka Melihat Orang Susah
& pada masa yg lainnya
Susah Melihat Orang Senang.

Jauhkanlah daripada semua itu. Hati kena disuci, kena dijaga dan kena dikuatkan. Tak rela jadi musuh mukmin kepada mukmin. Apatah lagi munafiq, kafir dan Syaiton

Tuesday, July 14, 2009

Tak Duduk pun Tak Apa

Perjalanan terasa akan panjang. Walau dah biasa,rasional yg dipengaruhi faktor fisiologi dan nafsu manusiawi tetap menegaskan utk duduk. Kurang tidur mungkin.
Dari satu persinggahan hingga ke persinggahan lain nawaitu utk berdiri memang tiada biarpun tempat tersebut adalah khas berwarna putih kekelabuan.
Entah mengapa hati ini selembut sutera atau baldu. Pendirian itu goyah jua. Segoyah nyonya yg berdiri di hadapan.
"Auntie, you look trembling. Take the seat," diujarnya nyonya tersebut.
"No, I can stand...it's ok." Nyonya menolak pelawaan.
Namun dgn penuh ketegasan berbaur kasih sayang sesama manusia,Nyonya itu dimintanya duduk. Lalu tempat bertukar punggung.
Terasa lega sungguh kerana penghawa dingin directly membelai2 tubuh yg sedari tadi panas. Mata hanya terpejam menikmati. Well,berdiri pun ok juga. Tak duduk pun tak apa.
Kemudian beberapa ketika, Nyonya mencuit, "Take the seat."
Sambil melihat ke kiri,melilau ke kanan. Chanteekk. Lalu duduk kembali, just next to Nyonya. Lagi best sebab ada penghadang di tepi boleh menyandarkan kepala layan lentok. Dan beberapa ketika sahaja terasa di bawa ke alam lain.
Tiba2 terasa seperti disentak dgn kuat, seolah2 roh sedang ditarik. Tangan hampir terhayun seperti melibas ke kanan. AstaghfiruLlah.. dalam LRT pun boleh mengigau. Nasib baiklah sempat terjaga dan tangan tu otomatik terkawal geraklakunya daripada terkena penumpang2 yg berdiri di depan. Yg pasti juga, penumpang2 tersebut memang terperanjat dengan perilaku mengejut itu. Oh buat2 tidurlah, itu sahaja jalan untuk cover! Tak duduk pun tak apa. Kalau nak diikutkanlah..Tapi tak apa, sekurang2nya boleh juga rilex.

Wednesday, June 24, 2009

Aksara Penting

Bila sahaja datang bab2 nombor ini, otaknya mesti bekerja keras. Tidak mesra sungguh dengan nombor,walaupun nombor adalah faktor2 dan pengaruh penting2 dalam hidup. Pelbagai incidents berkaitan nombor mewarnai hidupnya.

Satu hari di pagi tadi...
Puan Spek: Kamu ni umur berapa?
"Nak masuk 2*.." jawabnya sambil memandang Puan Spek bertudung labuh. Nasib baik nombor yang ini boleh diingat. Itu pun tidak spontan.Terlebih dahulu kena dikira tarikh lahir secara rambang sampai berkerut kening. "...Berapa?"disoalnya balik Puan Spek.
Puan Spek: Borderline,140/90.
"Kalau borderline tu macamana?" Dahi berkerut lagi sambil terangkat2 kening persis The Rock. Kepala pula dipaksa2 memproses data2 yg lama. Cuba mengingat apa yg telah diingatkan,namun tak berjaya. Biasalah, kalu info yg melibatkan nombor not his strong point.
Puan Spek: Sepatutnya .... tak boleh lebih.... Kamu ni...kena...(bebelan yang penting mesti diingat betul2)
Puan Spek yang kelihatan macam garang sungguh baik rupanya. Dia talah menerima catatan aksara penting daripada Puan Spek. Dia juga meminta catatan aksara penting yang lain dan bestnya.. Puan Spek telah mankabulkan hajatnya itu. Maka kerutan dahi berkurang,dan wajah kembali tegang awek muda...eh awet remaja..hehehe.

Wednesday, June 10, 2009

40sen

Pagi nan bening, perjalanan dimulakan seperti biasa walaupun mereka yang lain masih lagi lena. Ini semua gara2 takut. Takutkan keadaan yang boleh mengubah hati insani kepada berontak amarah jiwa. Takut menjadi pendamping makhluq durjana.
Kedengaran suara jemaah memuji2 Kebesaran dan Keagungan yang Maha Mengasihi lagi Mengasihani. Kenderaan lalu lalang amat sedikit, mungkin sebab itulah alunan zikir melaui pembesar suara di Masjid yang jauhnya kira2 400m jelas mendayu. Perjalan diteruskan,dan kelihatan seorang pengusaha bersama seorang lelaki sudah bersedia bersama hasil keringat mereka. Dek takutkan sesuatu yang tidak diingini,perjalanan dihalakan ke tempat mereka.
Penakut: Kak, hari ini yang original ya, bukan yang macam biasa.
Pengusaha: Oh(sambil ketawa halus,penuh keayuan) Nak apa lagi ya?
Penakut: (Menunjuk ke arah sebuah bekas) tambah yang inilah kak. (Mata masih melilau melayan nafsu) Kak, yang ini sebiji 40 sen kan?
Pengusaha: Ya, semuanya(jenis) 40sen.
Penakut: Kalau begitu tolong ambilkan seringgit ya.
Pengusaha: Baiklah. Er, nak yang mana?
Penakut: (Sambil menunjuk2 ke arah bahan yang diidami) Ambil yang itu,sebiji yang itu..yang tadi ambil sebiji lagi lah. Berapa ya kak?
Pengusaha : Yang ini (sambil memasukkan bungkusan Nasi kerabu lauk daging goreng ke dalam plastik) RM2.50
Penakut :(Dalam hati) murahnya,kalau lauk ayam biasanya caj rm3 ni.
Pengusaha: Campur kueh..semuanya rm3.50
Penakut : (Dalam hati) Ye ke?! Macam tak betul je..Lalu not rm5 bertukar tangan dan baki rm1.50 diberikan kepada Penakut.
Sambil berjalan naik ke stesen LRT kepala si penakut masih memikirkan hal kira2 tadi,dan terus terbawa2 sepanjang perjalanan ke tempat cari makan.Bila sampai di board kerja,terperasan sesuatu perasaan. Patutlah..!!!

Wednesday, May 27, 2009

Sidia

Malam kelmarin....
Rakan2 pejabat mengadakan majlis bacaan Yaa Sin dan solat hajat untuk sidia. Air solat hajat dan bacaan Yaa Sin akan diserahkan kepada ibu bapanya keesokkan hari.

Sebelum ini...
Sidia itu memang tidak pernah sekali berpeluang mengucap salam padanya apatah lagi berborak kosong denganya..
Pastinya bukan dek sombong..kerana sebenarnya di kalangan mereka,sidia itulah yang paling pendiam. Bayangkan,hampir 3 bulan berada di bawah bumbung yang sama hanya berbalas pandangan sahaja. Namanya memang pun langsung tak kenal, jadi buat2 tak tahu ajelah.

Kelmarin....
Awal pagi di ofis kelihatan kakitangan sedikit kecoh..kedengarannya ICU,rosak organ, koma... rupanya ada email memberitahu Rosfazida atau Dada, sidia itu, sedang terlantar koma di ICU PPUM. Dikhabarkan beliau menghidap sejenis kanser darah. Mengikut jangkaan doktor hayatnya sehingga umur 30 tahun(lagi 3 tahun).

Kini...
Sidia masih bergelut nafas,dengan bantuan mesin, menunggu saat untuk kembali ke sini atau... bertemu-Nya Di Sana.

Doa2 kan kesejahteraannya dunia akhirat...




Khas Untuk Kaum Hawa.... Wanita

Friday, May 15, 2009

Biar pun Mimpi Duhai Sahabat

Sejak seminggu dua lepas suhu hangat sahaja bahkan dingin malam di dalam rumah seolah2 disentak keluar. Hanya haba mengbahang. Time tidur susah nak lelap,bangun je sah2 peluh melengas. Minta2 banyaklah kafarah dosa2 .
Alhamdulillah hujan yang turun 2 3 hari ini antara sebesar2 rahmat membasahi bumi. Jadi semalam lepas sahaja Isya’disempurnakan, lebih kurang 9 malam lantas berguling di tempat pembaringan. Guling2 kanan,guling2 kiri lalu lelaplah dgn nyenyaknya.
Pagi di tempat kerja, seperti rutin2 yang biasa tingkat 3a akan dituju untuk semak2 blog sebab pc di board kerja internet kena blok melainkan web2 yg berkaitan kerja (pandai orang IT nih!). Tiba je di sana kelihatan wanita keseorangan sedang menggunakan salah satu daripada pc2 tersebut. Pandang dekat2.. eh, macam pernah nampak,ayu orangnya. Bila dia membalas pandang,oh… macam tak percaya, rupa2nya dia!
Hairan dengan kehadirannya, dia memberitahu sebenarnya dia hanya singgah di situ. Setelah berbual seakan2 lama,lalu dia mengajak bertandang ke rumahnya. Apalagi, menurut ajelah teruja sunguh2. Sambil mempererat silaturahim,untung2 makan free. Sebelum ni hanya kecur menahan goda melihat sahaja hasil air tangannya.
Bila tiba di rumah kelihatan Kak Lang dan Kak Ngah ada, tapi tak ingat apa yang dibuat mereka itu. Sesuatu yang palingg best ialah anak kecilnya yang masuk 3 tahun. Budak kecil itu lincah tapi tak susah nak mesra,senang pegang,cute sekali! Asyik bermain2 sahaja dengannya.
Sebagai penghargaan dia satu keluarga dijemput ke rumah. Gembira sungguh bila sampai ke rumah,terutamanya sibudak kecil itu bila melihatkan keletahnya, ke sana ke mari. Dia pula berbual2 dengan umi kelihatan mesra sekali dan,yang paling mengejutkan dalam mereka berborak dalam dialek Pantai Timur! Ingatkan terre loghat negoghi je.
Namun suasana riang itu tidak berpanjangan. Salah seorang anaknya tiba2 mengadu yang anak kecil itu hilang,ya baby w hilang! Semua orang panik, Poksu, suaminya kelihatan sungguh berang. Anehnya Syarifah Emirah Kamelia 810intanhatiku a.k.a Sonia turut hilang di pengangan! Mengapa semua hilang? Kenapa?! Keadaan kalut sekali,pandangan pula berbinar2,tiba2 telefon berbunyi..
Kringkring!!..Kringkring!!..(mungkin 5 kali kot)
Eh, Sonia ada pula dia! Sambil menggosok2 mata, alamak, la..dah pukul 5.29 pagi. Rasa tak puas sungguh tidur. Di luar kedinginan masih membelai, tapi dek cerita yang hangat sekejap tadi peluh jantan melingkari tengkuk.
Tak sangka ya moksu pun berjaya masuk ke mimpi. Memang dah ramai sahabat blog yang bertandang ke dunia mimpi sebelum ini tapi bukan moksu. Moksu seolah2 eksyen macam tak sudi je. Rupa2nya barulah difahami. Sebelum ini wajah ayunya memang tidak begitu dipapar di rumahnya. Jadi bila dia sudi menunjukkan riaknya, itu seolah2 petanda dia sudi ke alam mimpi ini! Hahaha..

Blog telah menemukan pelbagai kenalan di ruang maya. Ada perkenalan bukan sekadar kenalan bahkan membuahkan talian ukhuwwah persahabatan yang ternilai sekali. Ada juga pertemuan di alam siber itu dibawa ke alam real & live. Ada juga sehingga terbawa2 ke alam khayalan dan dunia mimpi!
Antara sahabat blog yang sudi melawat..
Doc Am, Sarah, Cik Kira, Pjoe, dan Cik Fesal. Moksu adalah the recent soul. Biar bukan di dunia realiti,di alam mimpi pun jadilah duhai sahabat2.
LOVE YOU ALL!

Monday, May 11, 2009

PESTA

What a long break….

"Bila akal tepu, keruh idea, terputus-putus ilham . Segala yang divisi sekadar tertinggal di ruang imaginasi lalu terluputlah daripada memori untuk diadaptasi ke layar teknologi. Akibatnya malas, malas mengerjakan otak, mengoptimumkan waktu dan mengerahkan keringat. Bahkan, dengan kreatif sekali rajin pula mencipta ribuan alasan."
PROLOG MONOLOG

Baru2 ada pesta yang berlangsung seminggu lebih di tengah ibu kota. Biasanya muda-mudi dan para remaja yang macam I yang suka berpesta tapi pengunjung pesta tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kenderaan melimpah diparkir di luar sampaikan pavement bersusun-susun dengan kenderaan mat-mat motor. Sungguh mengujakan, khabarnya pesta bertaraf antarabangsa!
Bila ditinjau-tinjau, sedikit sangat persembahan berbentuk muzikal, itu pun untuk golongan berpendidikan tahap rendah,golongan yang riang ceria. Pelbagai kamar yang dihias indah dengan para pemamer yang mempesonakan memenuhi pelosok pesta. Pesta ini lebih mengetengahkan pameran bahan–bahan yang murah sebenarnya. Sesuai...situasi gawat duit sekarang ini.
Sebenarnya pemergian ke pesta tersebut sekadar memenuhi janji menemani rakan serumah. Tak terlintas pun untuk berbelanja, lebih2 lagi cikpet bendahari sesak, tengah2 bulan. Namun suasana di pesta teramatlah menggoda untuk bersekongkol dengan nafsu.. Lihat sahaja pada pameran, lihat sahaja pada mereka yang mempamiekan! Lantas desakan tersebut mengasak kaki ke lubuk itu…dan….dan terhamburlah nilai2 berharga yang penting dalam kehidupan.
Dari satu kamar ke satu kamar yang lain, godaan terus menggila. Cikpet sudah tiada daya lagi menahan nilai2 itu menyusut dan bertukar tuan. Kesedaran timbul bila cikpet sudah lesu dan ringan.. tapi ransangan di pesta ini irresistible. Tak apa, boleh berkunjung lagi pada hujung minggu nanti.
Ya, pesta itu seolah2 menagih hasrat hati. Sekali lagi berkunjungan ke sana pada hujung minggu berikutnya. Aktiviti pertukaran nilai2 berharga memang tidak dapat dielakkan. Mujurlah itu adalah hari terakhir pesta. Insya Allah pada tahun depan, boleh berkunjung lagi!

Antara bukti2 liburan di PESTA.

Saturday, March 14, 2009

Setelah hampir tiga purnama

Alahai...rasa macam nak balik je bila tiba hujung minggu..masakan tidak.

Ni semua penangan budak kecil itu...

Saturday, February 28, 2009

Budak Kecik Itu

Memang rindu padanya ada bibit yang meresahkan.
Sudah 3 bulan tidak ketemu.
Melihatnya menukil titik2 suci kedamaian di hati.
Apa rupanya sekarang?
Cuti Maulidul Rasul, mungkin akan ke sana bersamanya.

Inilah dia budak kecik itu.