Salam..
Sungguh bizi semasa di kampung,5 hari terasa padat dan cepat,berlalu begitu sahaja. Hati selalu teringat2 rindu serindu-rindunya ingin menjengah sahabat bloggers,tapi apakan daya malas pergi cc x berpeluang. Moksu sudah berpesan tolong tengokkan anaknya,namun sekadar tinggal pesanan sahaja. Bila balik dari rumah pengantin perempuan hari tu pada sudah lewat. 6 petang lebih kurang,ingatnya ingin ke balai bomba dengan sahabat tapi dia ada urusan. Bila terfikir untuk ke sana seorang diri,tiba-tiba terlintas,takkan nak bagi tahu penganjur program nak jumpa anak Moksu yang dipanggil Kak Lang.Maunya nanti dia orang tanya siapa Moksu? Majistrit soccer,loyer buruk,ekonten x bertauliah?Maaf,kerana harapan suci Moksu tidak mampu dipenuhi,apa kan daya x berpeluang....
Cadangnya ingin memulakan blog dengan hasil yang dimemorikan bersama Syarifah Kamelia,tapi sudah nasib badan, kepala otak x ingat, segalanya tinggal cadangan. Semasa terkocoh2 membuat persediaan ke stesen lapangan terbang KLIA bas untung pulang ke pinggir Selangor, langsung tidak disedari USB port sudah tertinggal. Macam mana boleh terjadi?!! Masih tak percaya hingga kini. Akibatnya Syarifah Kamelia telah nazak nyawa2 ikan sehingga putus hayat selama sehari. Hanya tinggal sekujur tubuh mungil nan kaku.Uh hu,hukhuk..Nasib baik talian hayatnya masih ada,tidak dibawa bersama semasa ke kampung hari itu. Otherwise,kemungkinan ratio untuk menjadi mangsa x ingat amatlah besar.
Biarlah kisah yang dimemorikan bersama Syarifah Kamelia menghiasi entry akan datang,ada gambar2 lagi meriah.
Hari itu (Jumaat), ada rasa2 perkara yang kurang enak bakal berlaku. Ya,orang besar panggil mengadap berkenaan dengan kelakuan yang ada hubung kait dengan kesinambungan material. Ini adalah gara2 buat2 lambat,ingat x ingat dan konfius lalu x ingat. Lantas ganjaran persembahan untuk bulan ini sudah dipotong terus,x berpeluang langsung walau satu sen! Sementalahan lah harga makan dan minyak naik begitu juga perut...Semasa berdepan dengan orang besar,tiada rasa cuak,takut,defensif apatah lagi dendam (pada orang besar). Segala kelalaian diakui.
Walau bagaimanapun tidak disangka langsung,silap minor pun diutarakan depan orang besar oleh mek2 kepala. Tak mengapalah,mek2 itu pun ingin profesional depan orang besar. Kalau dah salah kena highlight bila diminta walau perkara dalam kelambu begitu boleh sahaja dibincang direct face to face. Ada pula mek lain jabatan yang terasa hati merepot kelakuan kepada mek2 kepala. Tang ini boleh pula bercerita pada mereka,ada pula masa walau bizi menimpa2. Rasanya tiada masalah andai diberitahu terus sahaja rasa hati itu tanpa perlu mek2 kepala secara pronya menaikkan pada orang besar. Bukannya macam Pak Lah yang tidak boleh ditegur elok2 atau dibawa berbincang. Ada pengajaran di situ,ada hikmah,ada ralat yang perlu diperbetul,ada perkara yang mesti dipertingkat,kerana diri belum sempurna,iman ada kembang kempisnya,berpositif sahaja,lebih senang.
Cuma terfikir, better keep the personal within range,kerana yang prevails tetap otoriti. Mesti act by black and white to be safe. Mereka itu entiti yang kerja bersama2,jadi yang realitinya ialah perhubungan orang bawah-orang atas dan orang lain jabatan, jangan x ingat! Ada tika mereka senyum dan kadang2 memberi makan,berlawak jenaka namun term "sahabat" tidak tertera di kertas putih yang telah ditandatangani,huhu.
Cerita di tempat cari makan ini tak habis2. Haha,ingin sahaja diteruskan tapi sudah cukup panjang entri ini...
Kalau x ingat x berpeluang diceritakan kisah2 tersebut.
Friday, June 6, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)