Setelah menatap body language cantik menawan di cermin, terdetik sejenak apakah lemak2 yang menepu dan membejat ini perlu diternak dan kembangbiak? Memang rupa paras bukan isu tetapi demi kesihatan kononnya, mas2 Indon dan bhai2 Bangla lagi handsome, siap ada anak dara lari ikut lagi huuh! Jadi kini tiba masanya untuk memulakan rejim yang sesuai untuk menjana kesihatan zahir dan batin.
Ya! Itulah azam yang berkobar2 utk memulakan misi sebuah evolusi jasmani. Daripada kembang kepada kecut tapi kembang kembali,dan usaha untuk kecut seideal mungkin. Biar sehingga tiada langsung ruang untuk kembang merenggut saiz bodi! (sambil menggengam buku lima).
Terbayang di minda, andai kembali ke kampung pada raya nanti, kaum kerabat sahabat keluarga yang tedekat memuji kekaguman akan figura yang sudah mengalami transisi. Semestinya diutarakan oleh kaum berhalkum persoalan2 mengenai aktiviti2 yang diamalkan. Faktor2 yang menyumbang ke arah transformasi tersebut trutamanya diet juga akan ditanyakan dan tip2 akan diselidiki oleh cik2 dan puan2 yang potpet2. Uish,letih tau menjadi tumpuan!
Itu semua pernah berlaku, tidak tipu! (sedikit eksagrasi utk persembahan penceritaan..ok?)
Sebetulnya ia pernah berlaku pada raya 2 tahun lepas. Pujian dan rasa kejutan terhadap perubahan itu masih lagi diterima pada raya setahun lepas. Tapi untuk raya tahun ini perubahan kembang kembali mengambil tempat. Namun begitu tempias kecut masih adalah sedikit.
Ya! Kembang kembali,sehingga seluar dan baju saiz2 ideal sudah menjadi begitu fit sekarang. Nampak taf sangat dan seksi, eii malulah! gaji baru masuk kena cari baju dan seluar baru, lebih2 lagi raya haji pesta masakan daging akan tiba!
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)