Pada hari yang mulia ini ingin sekali bermohon jutaan kemaafan daripada sahabat2 blogdi atas kenakalan,keterlanjuran, keculaparan dan ketidaksopanan bahasa semasa berkunjung.
Sebenarnya masih lagi kurang mesra (tidak mahir) dengan dunia blog ini. Boleh lah diistilahkan rabun IT. Banyak fungsi2 yang kurang jelas dan belum dapat diaplikasi. Lihat sahajalah rumah ini,begitu buruk, amat tidak menarik,kurang interaktif,tunggang langgang. tidak berinterior apalagi untuk beridentiti. Foto2 yang diambil dengan Syarifah Emirah Kamelia hanya dilihat di PC,keindahannya tidak dapat dimuatnaik bagi menghiaskan lagi rumah ini. Sehingga sekarang masih berusaha sendiri mencari penyelesaiannya walau lambat pikap.
Kebanyakkan masa menggunakan kemudahan IT di workstation ofis yang laju lagi free (agaknya begitu juga dengan sahabat). Kalau setakat berlayar internet tengok2 tekan2 bolehlah lagi. Untuk mengarang segala ayat2 idea2 daripada otak yang kurang efisien dan kurang multitasking adalah membebani mental dan fizikal. Most of the time for menulis komen dan mengupdate adalah sewaktu senggang2 di board. Seandainya semasa menulis tiba2 datang orang atasan lalu lalang,ataupun kerja masuk secara mengejut lalu terpaksa mengcover line dengan tangkasnya dan banyak idea terkelendat,yang tersumbat,kena hold dulu ,atau send cepat2. Akibatnya apa yg ditulis kelihatan kurang difahami,silap maksud atau main sedap tanpa tapisan.Kadang2 dek overexcited dan overmesra tulisan pun jadi sesedap mulut seolah2 kata2 perbualan casual kalangan kawan2 yang rapat. Bila membaca semula hasil komen, tersedar diri tiada manners,bahkan menyusahkan.Memang patut kena BUM.Sekali lagi jutaan maaf dipohon duhai sahabat2.
Akan berusaha untuk berubah lebih baik.
Wassalam.