Jam melepasi waktu pulang,tapi mata tertancap di pc menekuni tugasan. Minda menerawang memikir2 sempat atau tidak,sempat atau tidak. Kes2 pula boleh tahan.
Setelah semua tuntutan kerja diselesaikan,waktu menunjukkan sedikit masa lagi mereka di luar sana akan bergembira bergerombolan bak tsunami menyapu daratan. Memang tidak memungkinkan utk berpesta bersama mereka di rumah2 suci seperti sebelum2 ini. Hati dikuatkan,bahawa itu hanya amalan yang amat digalakkan, & boleh dibuat berseorangan.
Tatkala menunggu utk meneruskan perjalanan seterusnya,sayup kedengaran imam mengalun bacaan bak Irama Suci memeriahkan pesta,lalu hati tersentuh sayu. Terus menunggu menahan rawan,lalu sampailah yang ditunggu utk mewadahi ke rumah. Dalam perjalanan kelihatan ada di antara sedikit daripada mereka yg berpesta beransur pulang,lantas terdetik hati, "oh ruginya".
Kelihatan juga ramai lagi mereka yg setia menikmati suasana pesta yang menambahkan lagi sugul mengenangkan betapa ruginya.
Rugi kerna pesta pertama beramai2 telah dilepaskan!.
Tuesday, August 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)