KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Wednesday, February 29, 2012

Dari tadi dia duduk di situ. Kekadang menguis wajah yang sedikit gatal, diganggu parasit tidak diundang. Agaknya, begitulah dirasa,bak parasit. Kecapi berkeroncong, irama perut sudah bertempiaran nada. Bukan tidak dihirau, tapi mengenangkan nasib membuatnya hanyut, sesekali mencapai taraf kebas. Lebat hujan mula merenyai, dingin pula cuba menjerut tubuh.
Tiba2 telinganya menangkap satu suara manja. Malas sahaja diendahkan. Namun semakin lama,semakin kuat, nada mendayu2 tetap dikumandang. Berpaling jua akhirnya, seolah2 suara itu ditujukan padanya. Lantas sepasang mata bertemu, sambil tangan kedua belah didepangkan umpama menyambut kekasih disayang. Tanpa berlengah keempat anggotanya seperti diseru, bergerak ke arah empunya suara itu, lalu kedua tangan tadi merangkulnya, menghangatkannya dengan balutan kasih.

Monday, February 27, 2012

Then am found

Lrt, bukan,itu bukan masalahnya. Kerana automatik, manual bila hanya diperlukan,ada masa-masanya. Ulahnya pada manual yg tidak dapat tidak, kerna yg mungkin automatik gear bas sahaja. Lalu kedua2nya sering dibandingkan efisyen pada ketepatan masa. sudah tentu pemandu bas selalu tepati masa,ya... masa dia sendiri. Jika rasa mau tuang satu perjalan,boleh aja asal tiada pemantau a.k.a encik penyelia di pondok rehat pemandu.


Dari tadi itulah yg sering merunsingkan benak fikiran. Produktiviti belum capai lagi, jam sudah lebih waktu kerja. Agak2nya dalam 1/2 jam boleh sudahi,tidak banyak lagi. Namun, jika bergerak waktu ini nescaya Maghrib yg akan dicemasi. Malaysia boleh!. Kewajipan tunaikan aja dulu di sini belum berangkat. Kerja pun boleh siap. Oh dia pun ada lagi.


Rupanya, yang dilruskan itu sedikit pada kuantiti, berat pada volume. Kira semua yang dirancang dianjakkan sedikit. Ingatkan bila azan boleh terus sembahyang. Dia masih menekuni di meja. Rupanya sudah siap kewajipan yang itu,ingat boleh sekali. Berdetik jua di hati, "tak ajak.." . Seorang pun tetap diteruskan.


8 mlm. Mungkin boleh tumpang. " Banyak lagi ini..tak larat...nak lepak dulu." Lubuk sudah bergoncang. Lubuk yang dalam, bimbang jika membuak bak lahar muntah. Dengan riak tenang berlalu pergi. Ya, masih ada yang temani sepanjang ke lrt, sekadar tumpang kaki, masing2.


4 koc, pilih yang dekat tangga. Sedia main kejar2 dengan bas nanti. Syukur ada yang kosong melepas lelah di kaki,lelah di hati. Karya anak Awang Mursyid ditatap,dihayat, hanyut seketika.


Beberapa ketika pengumuman destinasi sudah hampir. Berdiri di pintu, jaga2 jika ada pemandu yg akan menggerakkan bas, nanti sempat kejar yeob kejar. Alahai,lubuk itu bak berkocak2. hanya letih sahaja yang mampu menyusut gelora. Pandangan dilemparkan keluar,menimati neon2 dan kelam malam.

Sampai sahaja ke destinasi pengantara, kelihatan 1 bas tersadai, yang bukan ke laluan biasa dikehendaki. Baik settle Isya' dulu.


Usai aja, bergegas ke bawah tempat ramai penunggu. Kelihatan yang tersadai masih setia di situ. Boleh bingit2 telinga sambil sambung tulisan Ramlee. Khusuk lah juga, sampai jiran depan rumah duduk belakang tempat menunggu pun tak perasan setelah hampir satu jam. Bas laluan yg dinanti pun agak2 10 minit tiba.


9.30 lebih kurang. Kelihatan dia membawa bungkusan polistrin. Ingatkan ke tempat pemanduan. " Bila nak gerak ni?"


Jawabnya pukul 10! Katanya ini pusingan untuk bas kedua,tadi sudah ada sebuah. Mak aih... sudah tukar waktu ke suka2 tukar? Lubuk meruap.


Pondok rehat dituju. Tengah santap rupanya, seorang2. "Mana supervisor? " Patut lah cekadak, asal tiada bertenggek pemandu sesuka hati bergelek. "...Kena repot HQ ni.... Kalau ada bas mana satu lagi?... Trip 9.30 siapa bawa.... Hari itu pun pukul 10 juga.... Orang lain pun nak makan juga."


"Ya ke tak ada tadi. Baiklah, nak gerak dah ni." Betul, lebih kurang 5 minit berada dalam bas.


Petang tadi hujan. Dalam bas pun keadaannya sama, tempat duduk banyak yang basah. Dinamakan bas yang ditimpa dan menghasilkan hujan. Ada beberapa penumpang terpaksa tukar tempat yang kurang basah, ditimpa hujan semasa perjalanan. Hebat tak?


NKRA abe Jib, pengangkutan awam yang efisyen dan mampu diguna rakyat jelata.


Sampai juga, syukur. Berehat2 minda sebelum ke pulau dengan aktiviti gaya bebas. Semasa aktiviti bertalian, lubuk itu berkocak semula.
Tidak keruan. Tidak faham...