Perjalanan balik dari KL bermula kira2 hampir jam 7pm,setelah pulang bekerja. Pertama kali menghayati takbir dalam perjalanan. Mengikut perkiraan awal kemungkinan utk merasa jem amatlah tipis kerana mungkin ramai yg sudah bertolak malam sebelumnya. Bila sahaja perjalanan sampai +-5km dari tol Gombak, tu dia kenderaan berantai2 kemilau emas pantulan lampu2nya sepanjang lebuhraya. Meriah lah juga suasa balik kampung,tapi tersekat2, itu kurang best.
Sepanjang perjalanan, kelihatan beberapa buah kereta tersadai di tepi jalan. Mungkin masalah teknikal, mungkin juga utk berehat. Yang beberapa bijik yg tetiba mati di tengah jalan menambah sendat saja. Nasib baik cik adik chantek ada membuat bekal roti yg lazat dan kek batik yg enak,trimas buatnya. Keempat2 penumpang dan pemandu BLM WSN tidaklah begitu serabut perut dlm kesesakkan itu.
Bentong adalah daerah check-point pertama yg perlu dilalui. Nasib baik terdapat papan notis elektronik yg memaparkan info lalu lintas menyatakan jalan menghala ke Bandar Bentong mengalami kesesakkan Lalu pemanduan menggunakan laluan alternatif spt saranan yg tercatat di papan elektronik tersebut. Namun begitu masih jua perjalanan yg sepatutnya sejam (secara standadnya) meleret 2 jam. Begitu juga utk ke Raub, daerah check-point yg kedua. Kesesakkan kali ini sedikit berbeza kerana laluan yg digunakan bukan lagi lebuhraya tetapi jalan persekutuan dan jalan negeri. Ya, waktu puncak dan kenderaan dari arah bertentangan menambahkan lagi cabaran. Namun pemanduan yg agak berhemah lagi profesional mcm F1 tidak tunduk pada faktor2 sedemikian. Dgn penuh hati2 dan kelincahan setelah dicucuk dan dibakar oleh orang sebelah ni, encik pemandu berjaya memotong satu persatu kenderaan yg menyiput walau ketika melalui beberapa selekoh sekalipun. Kerancakkan itu berterusan setelah berhenti seketika di perhentian Benta bagi menjalankan tanggungjawab fisiologi melibatkan perut.
Setelah melepasi Merapoh,yg merupakan transit bas-bas ekspres,kelihatan jam memasuki 2 dinihari. Asal perancangan utk berhenti seketika di sana tapi diteruskan jua perjalanan sebab dirasakan dan ditarget, mungkin dalam sejam selepas itu sudah berada di katil masing2. Tambahan pula keadaan lalu lintas yg permai memungkinkan. Pada ketika pedal ditekan meningkatkan kelajuan, rupa2nya ada Merc yg turut serta sebab terbakar dan iri heheh. Kali ini situasi perjalanan diangkat ke tahap yg lain- beradu kelajuan!Setelah Merc diatasi, Kia pula tercabar sepanjang jalan Gua Musang. BLM WSN memang kental, encik pemandu pengendali yg perrsistent selau aja menjuarai.
Dari Kuala Krai, keadaan kelajuan kurang konsisten menuju ke Machang. Target untuk berada di katil masing2 agak tersasar bila jam melebihi 3am. Namun encik pemandu mendapat idea bernas sekali. Di daerah Machang dia memutuskan utk mengambil jalan alternatif tanpa melalui Ketereh utk mengelakkan keadaan lalu lintas sibuk dan banyak lampu isyarat yg perlu ditempuh. Jalan kampung, senyap sekali,tanpa manusia melainkan hanya dua kali terserempak. Sungguh sunyi melainkan bunyi cengkerik dan enjin BLM WSN yg memecut.
Selama +-9 jam, sampai jua ke rumah. Encik pemandu dan seorang lagi penumpang akan samapai dlm 5-6 minit lagi ke destinasi mereka. Alhamdulillah selamat semua. Setelah menunaikan kewajipan suci, jam melebihi 4am,mata perlu dilelapkan utk kejadian pagi nanti.