Sesi menghiasi telah pun bermula. Walau raya mungkin lambat lagi persediaan itu yang penting. Sibuk tengok orang lain berdeko2, rasanya nak juga.
Kali ini bukan Deco2 bersama Erik ataupun kwek Mambo kahk Nita bahkan adalah ilhami naluri sendiri2. Sudah lah tema, gaya dan teknik2 berzaman2 dulu diaplikasi orang kaedahnya ketinggalan waktu zaman tok kadok dek ilmu tidak pro IT bahkan usaha keras dan usaha lembut terpaksa diperah2 untuk memberi nuansa baru bak buruh binaan. Memanglah hasilnya tidak segah 2 orang personaliti di tersebut, tanpa palitan ICI Delux dan perabot mewah Empire.
Jika sudi bertandang amat berbesar hati rasanya. Jika banyak cela dan kurang, terpaksalah bershafel. SORRY SORRY..
Sunday, July 18, 2010
Thursday, July 1, 2010
Cabut
Tiadalah kesempurnaan yang haqiqi bagi makhluq. Namun itu bukan cela bahkan nilai alami. Bahawa dalilnya yang lemah itu saling mendamba dan melengkapi antara satu sama lain biarpun masih kurang cukupnya. Dan lantas dalilnya yang lemah itu amat memerlukan tiada yang lain melainkan hanyalah Yang Maha Sempurna.
*****************************************************************************
Pagi itu, spt biasa setelah mendapat panggilan kecemasan yg ditahan2 dek kerja yg banyak terus bergegas ke bilik itu. Line clear, tiada sesiapa yang mengganggu privasi lalu urusan diselesaikan selancarnya. Namun ada masalah untuk keluar dari bilik tersebut. Bukan kerana terkunci, tapi sebab dah tercabut yang mungkin boleh mengundang malu. Nasib baik berlaku di dalam bilik itu dan awal2 terperasan, syukur.
Pada waktu tersebut ilham Ilahi muncul. Setelah beberapa ketika melilau ternampak alat yang boleh membantu untuk mengelak daripada cabut lagi. Tambahan pula baju sejuk yang dipakai turut membantu menutup kawasan yang cabut itu. Kiranya terselamat jua hari itu, jika tidak.. boleh bayangkan apabila terjadi begini?

Agak2 ada berani keluar kalau terlohong begitu? Nasib ada pin yg ditinggaalkan di sinki. By the way ini bukanlah disebabkan waistline yg melebar sebabnya hook seluar masih utuh menyangkut.
Subscribe to:
Posts (Atom)