KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Tuesday, July 21, 2009

Lalakan

I.
“Arrrrk…Arrrrk….Arrrrk!!!”
Tiba2 satu set lalakan memecahkan keheningan di sebuah kejiranan marhaen. Pitching yg ber octave tinggi kalau disukat suara tersebut.
“Anak siapalah yg buat drama petang2 ni,” bentak hati, tangan tengah mengacau semug Vico utk minum petang. Lalakan yg sungguh menjengkelkan! Pernah tengok iklan Digi? Ya, macam bunyi “lelaki” sort of macho yg kena prank tu.
Lalakan itu sudah berhenti. Dek curios sangat lalu keluar rumah utk meninjau2. Aiikk… kelihatan 3 org housemates borak2 mesra dgn apek depan rumah. Mamat sebelah pun ada sekali,seolah2 masyarakat harmoni bebilang bangsa gayanya. Budak rumah ni jarang sesangat camni, hanya harmoni kurang mesra. Even jiran sebelah pernah ajak makan (kenduri kot). Budak2 tu shy2 cat , last2 memang tak pergi pun.
Setelah join sekali depa tu borak, baru tahu yg suara lalakan itu adalah milik perempuan yg bukan budak kecil. Dan faktor lalakan itu bukan drama semata2. Ia adalah kebenaran satu penganiayaan oleh oportunis yg berhelmet,memakai sweater dan telah berjaya melolos dgn motornya.

II.
“Woi,woi…berhenti!!!!”
Kali ini parau,suara jantan. Kenapa entah pagi Sabtu hari itu seseorang melalak cam nak gaduh, mungkin nak gurau2 biawak dgn teman dia kot. Tanpa dipedulikan sangat,tangan masih terus mencedok nasi goreng ke dalam bungkusan polisterin.. Beberapa saat kemudian…
“Berhenti..Hhoowoi!!!!!”
Ish, apahal dia orang ini, cam gaduh serius. Bila berpaling ke belakang arah lalakan itu, kelihatan seorang lelaki yg lengkap berhelmet dan sweater berlari2 bak mengejar sesuatu.. La.. pasal tak kejar je dgn motor,hati mengomel. Entah apa yg digaduhkan sampai berrkejar2. Eh! Kenapa pekedai itu pun turut berlari sambil melalak2 di belakang mamat helmet tu. Ke, mamat tu yg kena hambat?
”Woooii.. berhenti.. woooii!!!” Seorang lagi turut mengejar mamat berhelmet. Otak ni dah konfius. Bllurr 2-3 saat. Oh…
Kalau common sense lebih sensitif terhadap lalakan sebegitu, mungkin join dia orang kejar2 mamat helmet tu. Dan kalau tidak disebabkan gerai makan ni berpalang, mungkin dah lama mamat tu tak akan lari2 jauh lagi.



*Apakah adakah mamat berhelmet yg bersweater adalah makhluq yg sama dalam kisah lalakan I dan II?

Friday, July 17, 2009

ENEMY & SMOS THEORY

"Life's too short to feel wif hatred or make enemy"

Adalah seseorang itu berkata semalam, Junjungan Rasullah S.A.W pernah bersabda, mafhumnya lebih kurang begini..
Ada lima yg memusuhi kamu (orang2 mukmin), pertama mukmin yg dengkikan kamu, kedua adalah munaafiq yg membenci kamu, ketiga pula kafir yg ingin membunuhmu, keempatnya nafsu yg mengalahkan kamu dan terakhirnya kelima, Syaiton yg .......yg...(ish!lupa daaa, hehe,yg ni semua pun mafhum,dah silaknat siap bersumpah utk keturunannya sekali)

Maka adapun musuh di kalangan mukmin itu kurang sempurna imannya. Hatinya penuh dgn mazmuumah . Seperti dinyatakan dalam teori SMOS:
Suka Melihat Orang Susah
& pada masa yg lainnya
Susah Melihat Orang Senang.

Jauhkanlah daripada semua itu. Hati kena disuci, kena dijaga dan kena dikuatkan. Tak rela jadi musuh mukmin kepada mukmin. Apatah lagi munafiq, kafir dan Syaiton

Tuesday, July 14, 2009

Tak Duduk pun Tak Apa

Perjalanan terasa akan panjang. Walau dah biasa,rasional yg dipengaruhi faktor fisiologi dan nafsu manusiawi tetap menegaskan utk duduk. Kurang tidur mungkin.
Dari satu persinggahan hingga ke persinggahan lain nawaitu utk berdiri memang tiada biarpun tempat tersebut adalah khas berwarna putih kekelabuan.
Entah mengapa hati ini selembut sutera atau baldu. Pendirian itu goyah jua. Segoyah nyonya yg berdiri di hadapan.
"Auntie, you look trembling. Take the seat," diujarnya nyonya tersebut.
"No, I can stand...it's ok." Nyonya menolak pelawaan.
Namun dgn penuh ketegasan berbaur kasih sayang sesama manusia,Nyonya itu dimintanya duduk. Lalu tempat bertukar punggung.
Terasa lega sungguh kerana penghawa dingin directly membelai2 tubuh yg sedari tadi panas. Mata hanya terpejam menikmati. Well,berdiri pun ok juga. Tak duduk pun tak apa.
Kemudian beberapa ketika, Nyonya mencuit, "Take the seat."
Sambil melihat ke kiri,melilau ke kanan. Chanteekk. Lalu duduk kembali, just next to Nyonya. Lagi best sebab ada penghadang di tepi boleh menyandarkan kepala layan lentok. Dan beberapa ketika sahaja terasa di bawa ke alam lain.
Tiba2 terasa seperti disentak dgn kuat, seolah2 roh sedang ditarik. Tangan hampir terhayun seperti melibas ke kanan. AstaghfiruLlah.. dalam LRT pun boleh mengigau. Nasib baiklah sempat terjaga dan tangan tu otomatik terkawal geraklakunya daripada terkena penumpang2 yg berdiri di depan. Yg pasti juga, penumpang2 tersebut memang terperanjat dengan perilaku mengejut itu. Oh buat2 tidurlah, itu sahaja jalan untuk cover! Tak duduk pun tak apa. Kalau nak diikutkanlah..Tapi tak apa, sekurang2nya boleh juga rilex.