Saat melihat mereka berjalan pulang berpelikat berbaju Melayu lengkap bersongkok, sejenak terkenangkan kampung. Dulu,begitulah keadaannya. Bonceng kapcai tua almarhum ayahanda balik dari surau atau masjid bila usai tarawih berjamaah yang terakhir untuk tahun tersebut. Malas meluang masa bermoreh terus sahaja balik(sebetulnya tidak ketahuan andai ada disediakan,dah tarawih akhir katakan).
Sampai sahaja di rumah dalam keadaan lengkap dengan fesyen murni solat sebab malas nak salin,terus berlalu ke ruang dapur. Kerjanya tak lain tak bukan menghabiskan sisa2 iftar tadi,biasanya kuih-muih dan lauk-pauk. Setelah kenyang kenafsuan barulah menukar outfit untuk dressing to kill untuk tidur. Perut pun dah boyot kembali, lalu terlentang di depan tv,layan apa2 program menarik.
Oh, kerana bukan orang popular dan kegilaan glemer lagi diminati ramai maka itulah sahaja aktiviti yang mampu dilakukan. Malam2 begini biasanya para pemuda harapan bangsa akan bersama2 rakan2 sekampung melepak di gerai2 sambil makan colek keropok, buah dan kerang menjalinkan kembali ukhwah yang sudah lama ditaut. Kebosanan sedikit,tapi bila melihatkan sesawang menghiasi sudut2 kediaman dan susun atur interior yang elegan versi tongkang pecah,lalu otak mula merangka misi untuk overhaul rumah. Esok masih ada sehari lagi sebelum tetamu datang beraya. Tidak dapat tidak terpaksa melakukan anjakan paradigma menjayakan misi tersebut. Yang penting tingkat bawah kena impressif kerana disitulah ruang para tetamu menilai kecantikan perabot,langsir yang kaler pelangi dan pinggan mangkuk dan bekas juadah yang ekslusif menjamu selera. Tidak dilupakan juga bilik untuk berak atau memuntahkan isi2 menyenakkan perut air, mesti semerbak haruman segar dan mozek2nya berkilat menyilau mata boleh buat tilik muka. Biasanya hasil daripada kerja keras itu badan masam busuk berpeluh sihat turun sekati dua tapi suara jadi serak2 seksi batuk akibat debu2 yang boleh mengundang lelah. Alahan..
Namun untuk tarawih terakhir tahun ini, tiada jamaah, tiada kedengaran lunaknya sang imam mengalun ayat Al-Quran, tiada tasbih dan selawat para jemaah menggegarkan kantuk,tiada tazkirah si penceramah menjernihkan keruh2 hati menyedarkan kealpaan diri.Tiada itu dan ini....yang ada hanyalah alasan semata2! Rasa2nya untuk melaksanakannya nanti belum tentu dek keletihan setelah pulang mengais sesuap rezeki. Sungguh kurang semangat yang hilang dan malas tahap ultra bila keseorangan.
Alhamdulillah,semangat dikuatkan jua agar akhir Ramadhan ini disambut pergi dengan Tarawih, sebagaimana menyambut kedatangannya di awal bulan dulu. Keseorangan bertarawih di kelam sunyi malam,hanya diiringi bacaan ayat2 lazim yang pendek tanpa solawat apatah lagi tazkirah..ringkas sekali.
Sebelum melelapkan mata,sms eidul fitri dihantar buat sahabat2,teman2 pengajian dulu,rakan2 pejabat. Tiba2 teringatkan ucapan raya moksu yang tulus..mata bergenang bila imbauan sahabat2 yang dikasihi melingkari minda..Sambil menyeka air mata hati mengeluh hairan..kenapa kesedihan ini untuk mereka sahaja bukan untuk pemergian Ramadhan,bukan untuk kerugian mengoptimumkan peluang beribadah,apatah lagi bukan untuk kesesalan dosa!
Monday, September 29, 2008
Sunday, September 21, 2008
Kali ini...berlalu sahajakah?
Ramadhan Kareem
Pernah berazam,berdoa,agar kali ini adalah yang yang terbaik dari yang sebelum2nya.
Usaha itu masih belum cukup..
Kalam Suci pun tidak mampu ditartil setiap juznya hari2.
Langsung tiada masa alun bertadarus.
Segala sunnah dan sunat2 sekejap ada sekejap tak ada.
Apalagi Qiam,harapan bertemu si Malam Qadar,sekadar tinggal niat sebelum lena.
Tarbiyah redha,syukur,tawadhu',qanaa'h......oh taqwa matlamat itu sahaja!
Berlalu sahaja seperti dahulu
Atau..
makin mundur,teruk sungguh hodoh lagi bobrok?!!!
Tak pernah2 perut ini kesakitan,lapar,mungkin angin sikit2 itu biasalah. Kali ini memulasnya menjadi2,2 kali mc,dan doktor membekalkan ubat gastrik dan angin..ya,kena gastrik??
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk meneruskan ibadah ini.
alahaiii..N3 cukup bulan melepas batuk membuang habuk ini diluah sambil mendengar cik Mariah menyanyi2..tu la godek2 lagu nasyid klasik mengenaii ramadhan tidak jumpa2 di imeem..

Subscribe to:
Posts (Atom)