KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Sunday, March 28, 2010

Laluan Maya

Awal2 dulu masa first time, setelah sampai ke sini, tempat mencari sebutir nasi, segala peralatan akan diaktifkan awal2. Dah awal sangat, buka je lah layar utk merentas di lautan maya. Even tengah2 bz menjadi kuli pun sempat lagi cilok2 mengendali bahtera menentang arus yg tak terduga kot2 orang besar terpacak tetiba. Even dah habis duti pun seawal 4.30 ptg, rela stay menikmati pelayaran tersebut. Budak 2 lain lagi advanced, friendster,myspace even muvi atas talian, semua layan dekat board.
Itu cerita 3 tahun dulu. setelah 2 tahun terdapat perubahan di tempat mencari rezeki. Tempat lama masih kekal cuma beza nama dan fungsi tapi perlu nomad dari board ke board dari tingkat ke tingkat, pengalaman badwi. Sekatan telah dikenakan di stesen2 kerja baru tapi tempat lama masih bebas laluan ke persada maya cuma frenster dan segala network sosial serta sebahagian store donlod dihadkan. Jadi masa mengemas rumah ini sudah berkurangan hanya sekadar terjegul di muka pintu rumah member2, kalau rajin sikit sapa menyapa kalau macam ad hoc intai2 ajelah. Untuk buat tu semua terpaksalah ke tingkat 3A kerana di situ bebas lagi. Bisanya awal pagi, time2 break dan sekali sekala masa balik.
Beberapa bulan lepas tu,dah rezeki, kena bertukar lagi. Nama yg sama cuma beza seksyen dan fungsinya. Jadi tempat tersebut masih tidak bebas pelayaran. Aktiviti ke tingkat 3a masih setia .diteruskan hingga datangnya bulan puasa. Time tu memang membentuk habit baru,iaitu tidur. Bila sampai awal, kadang2 dekat jam 7am, naik ke 3a, kalau rajin berlayar sekejap, otherwise, sleeping's the best option. Begitu jugalah lunch hour. Kalau dah habis duti memang jarang sangat beraktiviti-secara-biasa-di atas talian.
Fenomena tersebut berterusan hingga kini. Namun yg terkini, untuk bernavigasi ke lautan maya,terdapat laluan alternatif. Kalau dulu tempat mencari sesuap nasi,sekarang dah boleh terus direct dari tempat berguling! Ops...