KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Wednesday, May 27, 2009

Sidia

Malam kelmarin....
Rakan2 pejabat mengadakan majlis bacaan Yaa Sin dan solat hajat untuk sidia. Air solat hajat dan bacaan Yaa Sin akan diserahkan kepada ibu bapanya keesokkan hari.

Sebelum ini...
Sidia itu memang tidak pernah sekali berpeluang mengucap salam padanya apatah lagi berborak kosong denganya..
Pastinya bukan dek sombong..kerana sebenarnya di kalangan mereka,sidia itulah yang paling pendiam. Bayangkan,hampir 3 bulan berada di bawah bumbung yang sama hanya berbalas pandangan sahaja. Namanya memang pun langsung tak kenal, jadi buat2 tak tahu ajelah.

Kelmarin....
Awal pagi di ofis kelihatan kakitangan sedikit kecoh..kedengarannya ICU,rosak organ, koma... rupanya ada email memberitahu Rosfazida atau Dada, sidia itu, sedang terlantar koma di ICU PPUM. Dikhabarkan beliau menghidap sejenis kanser darah. Mengikut jangkaan doktor hayatnya sehingga umur 30 tahun(lagi 3 tahun).

Kini...
Sidia masih bergelut nafas,dengan bantuan mesin, menunggu saat untuk kembali ke sini atau... bertemu-Nya Di Sana.

Doa2 kan kesejahteraannya dunia akhirat...




Khas Untuk Kaum Hawa.... Wanita

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam...

Terasa sungguh cerita ini...sungguh terasa. Semoga dia terus kuat...kuta dgn ujian Allah di dunia ini....

one said...

Salam
Alhamdulillah..kelmarin arwah selamat dijemput pulang ke Rahmatullah...arwah dikafankan di PPUM dan dihantar ke K. Lipis kampungnya
pada mlm Jumaat beberapa org dari rakan sepejabat buat majlis Yaasin dan tahlil.
Doa2 arwah bersama para Solihin di Sana