KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Friday, May 15, 2009

Biar pun Mimpi Duhai Sahabat

Sejak seminggu dua lepas suhu hangat sahaja bahkan dingin malam di dalam rumah seolah2 disentak keluar. Hanya haba mengbahang. Time tidur susah nak lelap,bangun je sah2 peluh melengas. Minta2 banyaklah kafarah dosa2 .
Alhamdulillah hujan yang turun 2 3 hari ini antara sebesar2 rahmat membasahi bumi. Jadi semalam lepas sahaja Isya’disempurnakan, lebih kurang 9 malam lantas berguling di tempat pembaringan. Guling2 kanan,guling2 kiri lalu lelaplah dgn nyenyaknya.
Pagi di tempat kerja, seperti rutin2 yang biasa tingkat 3a akan dituju untuk semak2 blog sebab pc di board kerja internet kena blok melainkan web2 yg berkaitan kerja (pandai orang IT nih!). Tiba je di sana kelihatan wanita keseorangan sedang menggunakan salah satu daripada pc2 tersebut. Pandang dekat2.. eh, macam pernah nampak,ayu orangnya. Bila dia membalas pandang,oh… macam tak percaya, rupa2nya dia!
Hairan dengan kehadirannya, dia memberitahu sebenarnya dia hanya singgah di situ. Setelah berbual seakan2 lama,lalu dia mengajak bertandang ke rumahnya. Apalagi, menurut ajelah teruja sunguh2. Sambil mempererat silaturahim,untung2 makan free. Sebelum ni hanya kecur menahan goda melihat sahaja hasil air tangannya.
Bila tiba di rumah kelihatan Kak Lang dan Kak Ngah ada, tapi tak ingat apa yang dibuat mereka itu. Sesuatu yang palingg best ialah anak kecilnya yang masuk 3 tahun. Budak kecil itu lincah tapi tak susah nak mesra,senang pegang,cute sekali! Asyik bermain2 sahaja dengannya.
Sebagai penghargaan dia satu keluarga dijemput ke rumah. Gembira sungguh bila sampai ke rumah,terutamanya sibudak kecil itu bila melihatkan keletahnya, ke sana ke mari. Dia pula berbual2 dengan umi kelihatan mesra sekali dan,yang paling mengejutkan dalam mereka berborak dalam dialek Pantai Timur! Ingatkan terre loghat negoghi je.
Namun suasana riang itu tidak berpanjangan. Salah seorang anaknya tiba2 mengadu yang anak kecil itu hilang,ya baby w hilang! Semua orang panik, Poksu, suaminya kelihatan sungguh berang. Anehnya Syarifah Emirah Kamelia 810intanhatiku a.k.a Sonia turut hilang di pengangan! Mengapa semua hilang? Kenapa?! Keadaan kalut sekali,pandangan pula berbinar2,tiba2 telefon berbunyi..
Kringkring!!..Kringkring!!..(mungkin 5 kali kot)
Eh, Sonia ada pula dia! Sambil menggosok2 mata, alamak, la..dah pukul 5.29 pagi. Rasa tak puas sungguh tidur. Di luar kedinginan masih membelai, tapi dek cerita yang hangat sekejap tadi peluh jantan melingkari tengkuk.
Tak sangka ya moksu pun berjaya masuk ke mimpi. Memang dah ramai sahabat blog yang bertandang ke dunia mimpi sebelum ini tapi bukan moksu. Moksu seolah2 eksyen macam tak sudi je. Rupa2nya barulah difahami. Sebelum ini wajah ayunya memang tidak begitu dipapar di rumahnya. Jadi bila dia sudi menunjukkan riaknya, itu seolah2 petanda dia sudi ke alam mimpi ini! Hahaha..

Blog telah menemukan pelbagai kenalan di ruang maya. Ada perkenalan bukan sekadar kenalan bahkan membuahkan talian ukhuwwah persahabatan yang ternilai sekali. Ada juga pertemuan di alam siber itu dibawa ke alam real & live. Ada juga sehingga terbawa2 ke alam khayalan dan dunia mimpi!
Antara sahabat blog yang sudi melawat..
Doc Am, Sarah, Cik Kira, Pjoe, dan Cik Fesal. Moksu adalah the recent soul. Biar bukan di dunia realiti,di alam mimpi pun jadilah duhai sahabat2.
LOVE YOU ALL!

5 comments:

Mak Su said...

one, banyaklah mimpi engkau. oh... singgah nak guna pc? kelakar :)

hahaha, camner rupa maksu di dalam mimpi ko tu?

hik hik hik

eh, tq utk lagu Wanita. macamana lagunya? letaklah liriknya kat sini. sorilah, maksu selalu tak ada kesemptan nak dgr radio ler :(

kat atas motor tak dapat siaran gitu.

one said...

sungguh ayu...betul senyuman persis kuntuman bibir madhuri dixit!
er..orang pun tak tau lirik tu..nanti la orang try cari..siap degan lagu orang upload utk moksu kalu dapat ler..

Mak Su said...

hihihi, okie, tq. nanti upload ya

Mak Su said...

dah buang shoutbox.... byk org jht suka tinggalkan mesej kat situ.

one said...

oh..patutla,orang ingatkan pc kat sini tak leh tengok shotbox sebab kena blok..
nati org komen rumah moksu tpt komen
(sunggoh malas login sebenaqnye..)