KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Thursday, October 15, 2009

Kombinasi Senang Nak Ingat (Tp Mudah Lupa)

1010. Senang nak ingat, macam yg awal dan yg akhir. Kalau pattern yg pelbagai kombinasi, susah lah sikit sebab kurang mesra dgn nombor2 ni. Pada pagi tu pun,nasib terima sms di ofis, baru terperasan.

Semasa menikmati sarapan,kelihatan officemate membawa kotak,terhendap2 di peti ais mencari ruang simpanan di dalamnya. Menyedari diperhatikan, lalu dia meletakkan jari telunjuk di bibir: ..ssyhh,rahsia. Nak buat supprise. Terdetik di hati,apakah dia tahu, dan member2 lain dah tahu?...Mereka sekadar kawan biasa2 sahaja. Takkan lah kan.

Tugas kuli2 itu banyak,ketika mengasyikkan diri sebagai kuli, kedengaran nyanyian beramai2 siap membawa barang yg dipercayai diambil daripada kotak tadi. Eh,takkanlah..Sudah mula syok,huhu. Namun sensasi itu sementara kerana kawan2 itu membawa barang tersebut kepada kuli cantik. Untuk pengesahan,di dalam lirik nyanyian tersebut nama kuli cantik yg dialun2. Walau bagaimanapun, tidak melepas peluang utk meranggos barangan di dalam kotak itu . Memang sedap,2 kali ngap!

Terkenang,hanya pernah sekali menyambutnya secara casual dan kecil sangat namun penuh bermakna dan amat memorable…pada Ramadhan 2006,tetap di hati..Hanya dengan dia,sahabat yg dirindui.

2 comments:

Mak Su said...

besday awak ker?

one said...

moksu..apa bungkusan itu?**tersipu2 sambil terkedip2 mata,kehangatan menerjah muka,ohh**