KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali

Penangan pemergiannya sungguh hebat, tidak spt M.J dan Y.A. Tika entri ini ditulis sebak masih bersisa bisa.
Pagi Jumaat ini terasa sekali suramnya tika menonton MHI. Disiarkan perbualan langsung melalui telefon di antara Mazidul dan Abby dengan salah seorang anggota Rabbani. Hanya Mazidul sahaja yang meneruramah, manakala Abby hanya menunduk tidak seceria selalu. Sesekali mencelah ada getaran sedih pada suaranya. Mungkin Abby terkenangkan saat-saatnya bersama Rabbani di studio dulu, mungkin. Setelah temuramah berakhir ditayangkan rakaman persembahan almarhum dan kumpulannya mendendangkan Pergi Tak Kembali. Empangan mata ini tidak tertahan2 lagi menakung sebak. Terasa sekali ironi sebuah realiti.
Jihad dakwah yang dijayakan sungguh bernilai. Tatkala diri belum lagi mengenal Rock n’ Roll dan R n’B, ketulusan lunakan suara almarhum terlebih dahulu menghalwai deria dan hati. Dendangan nasyid-nasyidnya selalu mengundang kobaran semangat dan air mata keinsafan.
Takziah buat keluarga almarhum Ustaz Asri Ibrahim,dan anggota Rabbani.
Doanya agar saham-saham akhirat yang dilaburkan di dunia fana menjanakan keuntungan dan ditempatkan almarhum bersama golongan yang kaya dan sejahtera di alam baqa'.

2 comments:

akirasuri said...

Alfatihah buat arwah dan juga takziah buat keluarganya..

Sekarang ni banyak kes meninggal secara mengejut.. Hari ni borak sakan, esok dah tak ada.. Harap-harap kita semua ada kesudahan yang baek.. Amin..

one said...

Amin..
bak motto Moksu, dengan kematian sudah cukup sebagai peringatan
tapi..
juga yg diingat2 dirindu2 dipuja2
dunia oh dunia