What a long break….
"Bila akal tepu, keruh idea, terputus-putus ilham . Segala yang divisi sekadar tertinggal di ruang imaginasi lalu terluputlah daripada memori untuk diadaptasi ke layar teknologi. Akibatnya malas, malas mengerjakan otak, mengoptimumkan waktu dan mengerahkan keringat. Bahkan, dengan kreatif sekali rajin pula mencipta ribuan alasan."
PROLOG MONOLOG
Baru2 ada pesta yang berlangsung seminggu lebih di tengah ibu kota. Biasanya muda-mudi dan para remaja yang macam I yang suka berpesta tapi pengunjung pesta tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kenderaan melimpah diparkir di luar sampaikan pavement bersusun-susun dengan kenderaan mat-mat motor. Sungguh mengujakan, khabarnya pesta bertaraf antarabangsa!
Bila ditinjau-tinjau, sedikit sangat persembahan berbentuk muzikal, itu pun untuk golongan berpendidikan tahap rendah,golongan yang riang ceria. Pelbagai kamar yang dihias indah dengan para pemamer yang mempesonakan memenuhi pelosok pesta. Pesta ini lebih mengetengahkan pameran bahan–bahan yang murah sebenarnya. Sesuai...situasi gawat duit sekarang ini.
Sebenarnya pemergian ke pesta tersebut sekadar memenuhi janji menemani rakan serumah. Tak terlintas pun untuk berbelanja, lebih2 lagi cikpet bendahari sesak, tengah2 bulan. Namun suasana di pesta teramatlah menggoda untuk bersekongkol dengan nafsu.. Lihat sahaja pada pameran, lihat sahaja pada mereka yang mempamiekan! Lantas desakan tersebut mengasak kaki ke lubuk itu…dan….dan terhamburlah nilai2 berharga yang penting dalam kehidupan.
Dari satu kamar ke satu kamar yang lain, godaan terus menggila. Cikpet sudah tiada daya lagi menahan nilai2 itu menyusut dan bertukar tuan. Kesedaran timbul bila cikpet sudah lesu dan ringan.. tapi ransangan di pesta ini irresistible. Tak apa, boleh berkunjung lagi pada hujung minggu nanti.
Ya, pesta itu seolah2 menagih hasrat hati. Sekali lagi berkunjungan ke sana pada hujung minggu berikutnya. Aktiviti pertukaran nilai2 berharga memang tidak dapat dielakkan. Mujurlah itu adalah hari terakhir pesta. Insya Allah pada tahun depan, boleh berkunjung lagi!
Antara bukti2 liburan di PESTA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
maksu pantang berpesta, takut lupa diri ;)
itu la tu..nasib baik tukang bagi nilai2 berharga selalu dipenuhi pengunjung2 pesta, lotih den nak beratur...
waaa, org umh sypun pergi gak aritu..:) sy je tak pernah kesana..bukan sebab tak minat baca tapi sebab takde masa nak kesana,hihi..
Mafhum..
klau bertandang lagi nanti boleh jumpa buat sesi fotoshuting tgh2 org ramai
Slm awk, selamat pg jumaat..:) dah baca komen2 awk kat entry2 sy tu,hihi..rajin sungguh awk ek..terima kasih bebanyak..lum sempat reply lagi..orait janji tau..nanti kalau ada lagi bleh jumpa amik gambar kat situ ek,hihi..bleh amik gambar Syarifah Emirah Kamelia skali,hihi..have a nice day ye wak.
Post a Comment