Wah...
Dulu, macam belangkas lah juga. Takde yang besar ni, nampak tak nampak yang kecik itu. Ada yang kecik tu, ada je yang besar belakangnya bonceng motor.
Dalam bab makan, yang besar selalu kongsi makan yang kecik punye, dan kecik tengok je yg besar punye,alasan jaga badan. At least orang tau mana besar dan kecil.
Kiranya sang besar tu dominan hampir sagala aspek semasa bersama si kecil yang punya kelebihan tersendiri seperti ramai kenalan girls serta ringan tulang dan bodi tentunya.
Pernah juga terfikir, mungkin taqdir bersama,sejiwa. Ya lah,dari sekolah kebangsaan, berpisah seketika dan jumpa balik di sekolah menengah bawah. Kemudian pisah lagi sekejap,joined lagi di sekolah menengah atas. Zaman IPT pun setelah berasingan seketika, bersatu semula. Sehinggalah masing2 berkerjaya, beransur2 dunia keduanya menghala ke arah berbeza.
Sudah setahun lebih sang besar dan si kecil tidak berhubungan secara maya mau pun bertemu muka. Agaknya sudah berapa biji jerawat si kecil kian melata sekarang dibandingkan dengan sang besar dulu? Cuma,ada desas-desus- bukan pengkhababaran indah berbentuk perkongsian dari si kecil kepada sang besar seperti seorang sahabat- bahawa si kecil TELAH bukan akan, telah bertunang.
Apa agak2nya berita sebegitu pada sang besar sedangkan sebelum2 ini sabun mandi pun pernah dikongsi bersama si kecil?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apa prkembangan terbaru?
meniti hari tua..yakin dgn Qadha' n Qadha'nya, penyejuk hati dan mata itu akan ketemu jua.
slm moksu.. miss u all sooo very much. tahniah di atas perkembangan (rohani ye bukan jasmani moksu)
Post a Comment