Ingatkan sekolah kurang sehari sebulan boleh bawa perubahan, adalah juga. Namun yg bobrok itu sungguh berkarat, andai boleh ditambah lagi 2 3 bulan,agar sentalan kuasa dalaman menyirnakan kejelekan itu. Itulah tak puas.
Baru2 ini,hampir 7 hari 7 mlm meninggalkan tempat mengais,pulang ke tempat yg bukan asal tapi situ lah induknya duduk. Namun banyak lah juga kunjungan yg tidak sempat dilakukan. Bukannya apa pun sangat,bersenang2 berlingkar. Alahai,kalau tambah lagi 14 hari. Itulah tak puas.
Semasa meraikan kemenangan, sebenarnya kelewatan sedikit cuma. Sempat lah juga sempurnakan tuntutan beramai2 mengikut orang yang bersuara sedap dari Lembah Nil di pagi nan syahdu itu. Kerana lunak menggodam rasa, hati meruntun pilu membuak2 lalu rongga2 atas dicucuri bendalir hangat nan murni. Mungkinkah itu fitrah? Persoalan yg ingin dirungkai tapi bacaan itu tidak boleh lebih dari 2 kali berdiri dek tuntutan yg amat digalakkan. Tambah lagi 10 kan bagus, biar merdu lantunan keagungan membiratkan sedar pada jisim jiwa ini. Itu lah tak puas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment