KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Tuesday, July 21, 2009

Lalakan

I.
“Arrrrk…Arrrrk….Arrrrk!!!”
Tiba2 satu set lalakan memecahkan keheningan di sebuah kejiranan marhaen. Pitching yg ber octave tinggi kalau disukat suara tersebut.
“Anak siapalah yg buat drama petang2 ni,” bentak hati, tangan tengah mengacau semug Vico utk minum petang. Lalakan yg sungguh menjengkelkan! Pernah tengok iklan Digi? Ya, macam bunyi “lelaki” sort of macho yg kena prank tu.
Lalakan itu sudah berhenti. Dek curios sangat lalu keluar rumah utk meninjau2. Aiikk… kelihatan 3 org housemates borak2 mesra dgn apek depan rumah. Mamat sebelah pun ada sekali,seolah2 masyarakat harmoni bebilang bangsa gayanya. Budak rumah ni jarang sesangat camni, hanya harmoni kurang mesra. Even jiran sebelah pernah ajak makan (kenduri kot). Budak2 tu shy2 cat , last2 memang tak pergi pun.
Setelah join sekali depa tu borak, baru tahu yg suara lalakan itu adalah milik perempuan yg bukan budak kecil. Dan faktor lalakan itu bukan drama semata2. Ia adalah kebenaran satu penganiayaan oleh oportunis yg berhelmet,memakai sweater dan telah berjaya melolos dgn motornya.

II.
“Woi,woi…berhenti!!!!”
Kali ini parau,suara jantan. Kenapa entah pagi Sabtu hari itu seseorang melalak cam nak gaduh, mungkin nak gurau2 biawak dgn teman dia kot. Tanpa dipedulikan sangat,tangan masih terus mencedok nasi goreng ke dalam bungkusan polisterin.. Beberapa saat kemudian…
“Berhenti..Hhoowoi!!!!!”
Ish, apahal dia orang ini, cam gaduh serius. Bila berpaling ke belakang arah lalakan itu, kelihatan seorang lelaki yg lengkap berhelmet dan sweater berlari2 bak mengejar sesuatu.. La.. pasal tak kejar je dgn motor,hati mengomel. Entah apa yg digaduhkan sampai berrkejar2. Eh! Kenapa pekedai itu pun turut berlari sambil melalak2 di belakang mamat helmet tu. Ke, mamat tu yg kena hambat?
”Woooii.. berhenti.. woooii!!!” Seorang lagi turut mengejar mamat berhelmet. Otak ni dah konfius. Bllurr 2-3 saat. Oh…
Kalau common sense lebih sensitif terhadap lalakan sebegitu, mungkin join dia orang kejar2 mamat helmet tu. Dan kalau tidak disebabkan gerai makan ni berpalang, mungkin dah lama mamat tu tak akan lari2 jauh lagi.



*Apakah adakah mamat berhelmet yg bersweater adalah makhluq yg sama dalam kisah lalakan I dan II?

2 comments:

Mak Su said...

insiden apa tu?

one, maksu dah malas nak berblog, mood hilang

one said...

salam..
ha aaa raguuuut..
moksu baca tak pape metro headline dia tangan terkulai tu(edisi jumaat kot..) area2 rumah org le tu..

isk3..baca entri moksu hr ni sy cam nak mrajuk aje, yela, asal baik je dgn sahabat2 yg best2 mesti mereka nak pergi, tak kesah la dunia realiti ke maya ke,nasib baik terbaca hari ini, kalau tebaca semalam memang emo habis le ala broken heart gitu..
any how, I believe u have all ur rights to priority in any actions forward without having disclose the causes,as long as those (actions) deemed the best for u.
Ingatku dalam doamu..
kembalimu adalah dambaanku
tali itu ikatannya kukuh sekali
namun taqdir menentu,
hanya yg terbaik shj doaku buatmu