KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Sunday, December 19, 2010

Senyap

Hari2 ditempuhi spt biasa penuh ragam manusia,ada yg ok ada juga tak berkenan. Bagi kriteria yg tak berkenan tu banyak la sgt,maknanya org itu sukar menjadi pilihan menantu kelak (ha2 macam dah ada anak dara pula). Dek terpaksa bertemu muka dengan sidia dia dan dia yg tidak berkenan hampir setiap hari di tempat memerah keringat meraih rezeki ini, sudah beberapa lama mode senyap dijadikan opsyen.
Agar sidia3 itu tidak terkesan oleh pertuturan yg membarahkan lagi luka persaudaraan Muslim.
Kalimat dgn sidia3 itu kini tidak lebih bersifat formal semata,kerana urusan kerja.Tiada lagi bicara mesra, yg dulunya terlebih mesra terkadang melangkau batasan telah mencuit rasa.Lantas senyap mengbungkam bibir adalah pilihan mudah.
Bukan tidak terfikir utk memula semula walau sapaan khabar. Ego lelaki telah menjerut lidah daripada melayan kerenah dara3 muda itu. Bukan tak mengerti ombak emosi mereka itu,tapi minda dan jiwa kurang matang menanganinya. Atau..hati ini yg cepat terusik dililit dendam?
AstaghfiruLlah, Ya Allah. Bertahan dulu dgn keadaan senyap ini. Biar tenang kembali,biar iman kuasai minda,diri dan emosi.
Don't love the way it hurts,never.

No comments: