KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Wednesday, May 26, 2010

Suami Dan Bakal Menjadi Suami....

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.....

5 comments:

Mak Su said...

one nak kahwin dah? siapakah mempelainya agaknyer

one said...

hajatnya lepas raya i. Allah.. ada jodohnya yg terbaik i. Allah.. (:

Mak Su said...

jangan lupa jemput ya... itupun kalau sudi

one said...

utk moksu satu family ajak tau,itupun ..kalu sudi bertandang ke teratak hambe nun di sana
tapi kan moksu,saya ni tak cnfm raya taun bile. sape calon terbaiknya..ntah2 anak moksu nama kak lang yg pandaai berdikari tu..(a lady yg berdikari adalah seksi)
kalau difikirkan pasal kahwin,rasa stres tak menentu. lagi dipikir lagi membuak keinginan,nanti tak pasal bukan kawen atas dasar cintainya kerana cinta Yg Maha Mencintai tapi cintainya kerana bodinya dan kemistri. Sedangkan keperluan rasanya banyak lagi yg perlu didahulukan. atau.. mungkin sikapp yg terlalu suka menimbangkan sisi hitam sesuatu perkara dgn harapan agar tindakann yg diambil menghasilkan yg cerah tanpa noda2 gelap.

Mak Su said...

:)