KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Wednesday, April 28, 2010

Rajin di jalanan

Rakyat Malaysia adalah rajin. Kalau tak percaya tengok sahajalah jalan2 raya dipenuhi barisan kenderaan nan pelbagai di waktu pagi dan petang, menandakan mereka rajin pergi dan pulang bekerja. Begitu juga yang menggunakan jalan tengah,ataupun jalan spesyel iaitu jalan besi. Seawal jam 6 pagi lagi para penumpang rajin memenuhi ruang koc2 yg panjang sehingga sendat sesendatnya. Cuma jalan air dan jalan udara yang tak begitu rajin digunakan.
Di jalan darat,rakyat Malaysia memang rajin memandu laju agar cepat sampai ke destinasi. Keadaan ini menyumbang kepada penglibatan rakyat yang rajin kemalangan. Manakala laluan rel, kala kesibukan dek rajin pergi balik kerja, ada di antara rakyat menjadi rajin alternatif, iaitu rajin gesel,raba,cilok dan macam2 adegan tak senonoh lagi.
Kerajaan melihat hal tersebut sebagai fenomena, seperti cerita dulu,iaitu filem Fenoma yang berunsur rajin sedemikian. Antara langkah yang diambil ialah memusnahkan penempatan2 penduduk serta penunggu2 hutan bagi meluaskan jalan2 dan lebuhraya dan juga menaikkan kadar tol. Terkini, setelah bertahun menyertai dan mengepalai OIC, kerajaan dengan berani mengambil tindakan untuk mengasingkan koc2 mengikut jantina bagi penumpang komuter sahaja sedangkan terdapat lagi jenis pengangkutan rel seperti sedia maklum iaitu LRT Putra & STAR, monorel dan manakala rel moto serta basikal tidak layak termasuk kategori.
Adalah diharapkan praktis ini menjadikan pengguna kenderaan awam & swasta serta penumpang menjadi lebih rajin untuk murni di jalanan.
Ada lagi fenomena yang perlu dititikberatkan bila dikaitkan dengan jalanan. Tunggu sahajalah di lain siaran.

2 comments:

Mak Su said...

koc asing-asing? bagus gaks tu, mcm dalam cerita tamil, menjaga maruah kaum pempuan

one said...

betul3...at least for starting..though have shud be done long time ago