KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Tuesday, July 14, 2009

Tak Duduk pun Tak Apa

Perjalanan terasa akan panjang. Walau dah biasa,rasional yg dipengaruhi faktor fisiologi dan nafsu manusiawi tetap menegaskan utk duduk. Kurang tidur mungkin.
Dari satu persinggahan hingga ke persinggahan lain nawaitu utk berdiri memang tiada biarpun tempat tersebut adalah khas berwarna putih kekelabuan.
Entah mengapa hati ini selembut sutera atau baldu. Pendirian itu goyah jua. Segoyah nyonya yg berdiri di hadapan.
"Auntie, you look trembling. Take the seat," diujarnya nyonya tersebut.
"No, I can stand...it's ok." Nyonya menolak pelawaan.
Namun dgn penuh ketegasan berbaur kasih sayang sesama manusia,Nyonya itu dimintanya duduk. Lalu tempat bertukar punggung.
Terasa lega sungguh kerana penghawa dingin directly membelai2 tubuh yg sedari tadi panas. Mata hanya terpejam menikmati. Well,berdiri pun ok juga. Tak duduk pun tak apa.
Kemudian beberapa ketika, Nyonya mencuit, "Take the seat."
Sambil melihat ke kiri,melilau ke kanan. Chanteekk. Lalu duduk kembali, just next to Nyonya. Lagi best sebab ada penghadang di tepi boleh menyandarkan kepala layan lentok. Dan beberapa ketika sahaja terasa di bawa ke alam lain.
Tiba2 terasa seperti disentak dgn kuat, seolah2 roh sedang ditarik. Tangan hampir terhayun seperti melibas ke kanan. AstaghfiruLlah.. dalam LRT pun boleh mengigau. Nasib baiklah sempat terjaga dan tangan tu otomatik terkawal geraklakunya daripada terkena penumpang2 yg berdiri di depan. Yg pasti juga, penumpang2 tersebut memang terperanjat dengan perilaku mengejut itu. Oh buat2 tidurlah, itu sahaja jalan untuk cover! Tak duduk pun tak apa. Kalau nak diikutkanlah..Tapi tak apa, sekurang2nya boleh juga rilex.

2 comments:

Mak Su said...

ngantuk banget tu. maksu kalu tertido dlm lrt, siap terlepas 2 stesen :)

one said...

pernah sekali..lrt dah siap u turn baru tersedar..nasib baik tak jauh sangat,satu stesen ke depan je.