KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Monday, December 29, 2008

Bingkisan Muharam

Biarlah dia(mereka)..
Betul juga, masing-masing ada kehidupan sendiri. Kalau diperlukan nanti pandai-pandailah cari.
Ton frasa memujuk..tapi lebih berfungsi kepada memahami dan belajar untuk menerima realiti.

Lembaran baru ini sudah *terlakar beberapa perancangan..A,B,C. Ada yang berprospek ke arah pendidikan,samada mengambil tugas yang menuntut atau yang berkongsi maklumat. Ada juga ke arah membina materi (harus!),maka walaupun kuli upahnya mestilah ada kenaikan. Procreation, untuk objektif fitrah itu cuma berserah padaNya Tuhan yg Maha Memahami tentukan (kalau dengan sidia dan dia,dia, itu untungnya amat badan).

Perubahan menuju kemajuan,itu yang paling utama. Kalau diilihatan memang ada kemajuan. Dulu kilo hanya 77kg,sekarang 87kg. Dulu 36,37, sekarang 38.Dulu Norkiah sekarang Syarifah Emirah Kamelia. Nah,itu sahajalah yang telah tercatat!

Jom nyanyi..

Kami tak kuat dan kami tak besar bila bekerjasama hidup jadi mudah. Apa yang penting!....kerjasama.
~w.o.n.d.e.r.p.e.t.s~

*Esok salah satu lakaran itu akan dikuatkuasakan, nasib baik off-day.

2 comments:

Mak Su said...

one, salam maal hijrah, salam tahun baru 2009, semoga di tahun mendatang lebih sukses :)

Anonymous said...

salam..sama2 lah kita..tahun ni banyak benar menda nak achieve..doa2 kan lah moksu