KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Tuesday, October 21, 2008

Boyot plak..

Hari kelmarin sungguh mengeyangkan boyot yang semakin boyot. Maka difikir2 eloklah dimulakan yang enam itu pada besoknya. Hari semalam ditempuhi dalam keadaan mangantuk,letih kurang bermaya,sedangkan bukannya tidak cukup tidur pun. Namun Alhamdulillah, sehari berjaya juga dipenuhi. Hari ini kiranya hari ke 2 (Insya Allah) berbaki lagi 4 hari. Maka tadi sebelum Subuh bangkit mengambil predawn meal, kononnya mengalas si boyot dengan semug nestum diminum dengan susu dan 3 biji kurma.
Bila sampai di ofis lebih kurang 20 minit,tiba-tiba ada nature’s call. Fooh lega...tanpa kesan cirit. Selepas itu, bermulalah episod pertarungan angin di dalam si boyot dan boyot pun semakin boyot dipenuhi angin hampagas. Even sampai sekarang pertarungan masih berterusan tapi sedikit reda. Kalau tadi,ingin sahaja ditangguhkan Hari Kedua ini ke esok sahaja kerana si boyot memulas2 mungkin minta diisi. Bila mengenangkan usaha sebelum subuh tersebut dan beranggapan ini mungkin salah satu ujian kecil bilis sahaja, ketahanan diri digagahi jua dengan penuh dedikasi agar Hari Kedua ini sempurna dan lebih baik dari hari semalam.
Cuma musykil di sini, kenapa semalam tanpa bangkit mencicip sebelum Subuh si boyot tak beronar,cool sahaja tapi hari ini manjadi2 gedix feilnya. Apakah nestum sudah jadi seangkatan dengan milo dan oats pabila diambil akibatnya boyot jadi sensitive lalu merajuk kembung? What's wrong boyot?!!

3 comments:

Mak Su said...

repairlah dulu perut tu sebelum sumbat apa-apa.

one said...

tu ler..tunggu berurut bertungku berbarut jer belum lagi..ingat nak try ramuan kecut perut yg kat tv tu

akirasuri said...

Oit! Apsal tak hapdet lagi.. Haha!