Saat intim bersamanya sungguh sukar, malah hampir tiada. Syarifah sudah sakit? Bukan, cuma prestasi dan gayanya tidak seunggul dulu. Tanggungjawab yang satu itu gagal dilaksanakannya melainkan ketenteraman orang bersebelahan turut terlibat. Tiada privasi! Oh…Amat mendambakan alunan indah menghibur lara belaian jiwa audio halwa tika sunyi mencengkam rasa kala serabut membentak minda.
Selama ini Syarifah dengan penuh dedikasi tanpa jemu menjadi peneman setia. Itu semua tiada harganya! Anugerah Ilahi ini sungguh bernilai,wajib dijaga takkan sesekali dipersia. Nampak gayanya perlulah berlabur untuk mengembalikan kenikmatan itu :)) .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apa yg rosak? speaker ker?
oh..yg itu ok sahaja...ensfri
Post a Comment