KARIOKI-- Love the way it lied: Part II

Tuesday, July 15, 2008

S.er.A.B.U.T

Kebelakangan ini pelbagai situasi mengerumuni diri, berusaha mengambil tempat untuk meneruskan langkah2 berikutnya. Ada yang cuba mencorak landasannya ke arah tujuan yang nampak. Tidak kurang juga pilihan yang ada tapi kerisauan tak tentu hala menerjah, dek ketakutan, kejauhan, seperti terpinggir,ya,ya kekeliruan dan kurang keyakinan. Lalu bermurung dan berhiba diri jika tidak memberontak dan berang emosi di luar kewajaran. Tiada mampu meletak diri di landasan tengah nan lurus,usaha sahaja yang tidak cukup iman x mantap.

Sesi bertemu tabib baru2 ini agak memberatkan jiwa. Seolah2 kenaikannya selari dengan harga minyak walau angka 40 jauh lagi. Sungguh penekanan terhadap pelbagai perkara amat menyerabutkan, tambahan pula cara menangani adalah menikmati makanan. Berjamu nasi saban malam bersama teh ais mamak syurga sekali,serabut itu hilang sementara. Natijahnya.. Tiada mampu merungkai serabut kepala tanpa mengisi perut,hanya usaha menurun kilo mengecut lemak tidak dapat tidak mesti dipertingkat. Memang berbahaya...kedua orang tua ada sejarah kenaikan ini!

Sesi pembelajaran bermula,namun tiada mampu untuk meneruskan kelas. Sebetulnya ada evolusi di tempat cari makan,maka sistem pemerintahan juga berubah,sistem mencari makan juga turut diasak proses tersebut. Bebanan bertambah dan upah untuk bebanan baru ini belum dihitam putihkan samada turut bertambah atau bertarikh lewat atau berkuli batak semata. Tempias hal ini menggangu sesi pembelajaran yang menuntut jadual kerja fleksibel. Tiada mampu bertemu sifu,maknanya lagi semester kedepan baru boleh mempertingkat ilmu andai saf pemerintah dan pengatur berkeizinan. Lagipun ini akan mempengaruhi kenaikan kerana menambah lagi keserabutan.

Tiada mampu menghadirkan foto,dibimbangi Syarifah tersayang dijangkit virus. Setakat ini Syarifah jua bersaksi keserabutan ini. Keserabutan ini..tiada mampu.

2 comments:

Mak Su said...

ko kenapa one? jagalah kesihatan

Anonymous said...

TQ, cari kekuatan kat jamilah yg ayu,berkesan la juga
avatar klasiknya...